top of page
MENANGI
NOVEL FIXI 

6 BUAH NOVEL UNTUK DIMENANGI!

 

~ Novel adalah PRE-LOVED ITEMS tetapi masih elok dan berkondisi baik (belum dibaca).
~ Novel Fixi adalah untuk PEMBACA MATANG.
~ GIVEAWAY ini adalah terbuka kepada peserta berumur 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA.

 

​

JUDUL-JUDUL: 
1) Topeng - Bali Baim
2) Padam - Ibrahim Jama Huri
3) Raka - Mahizan Husain
4) Penumpang - Fee Anyau
5) Berang - Nazrul Kama
6) Hero - Zakri Rahman

​

​

TARIKH GIVEAWAY: 
26 Februari - 2 Mac 2021

​

​

TARIKH UMUM PEMENANG:
5 Mac 2021
di Youtube channel Smileyriver Online

​

​

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1) Semua novel adalah PRE-LOVED ITEMS tetapi masih elok dan berkondisi baik (belum dibaca).
2) Terbuka kepada peserta berumur 18 tahun ke atas.
3) Terbuka kepada semua yang bermastautin di Malaysia.
4) Setiap pemenang hanya layak memenangi SEBUAH novel sahaja. 
5) Peserta boleh memilih SATU judul (blurb novel diberikan di bawah bagi membantu peserta membuat pilihan).
6) Peserta perlu mempunyai alamat e-mel yang sah dan aktif.
7) Peserta hanya perlu mengisi GOOGLE FORM untuk menyertai GIVEAWAY ini.
8) ENAM orang pemenang akan dipilih melalui cabutan nombor.
9) Nombor cabutan akan dihantar melalui e-mel selepas tarikh tutup penyertaan.
10) Pemenang akan diumumkan pada 5 Mac 2021 di Youtube channel Smileyriver Online.

​

**********

​

BLURB NOVEL: Topeng - Bali Baim

​

Apa rasanya memakai topeng di hadapan manusia? Tersenyum masa marah, ketawa masa hati kelam. Aku dibuang sejak bayi dan hidup meringkuk dalam memori demi memori yang memberi kesan mendalam pada jiwaku, wajahku, kerana topengku kini berlapis-lapis. Aku hanya mahu satu, mak aku. Dan Bomoh Kisman perkenankannya dengan satu syarat: untuk aku tinggal di sebuah rumah yang mengandungi bilik-bilik rahsia, yang melambangkan topeng-topeng paling berat aku pakai. Mampukah aku hadapi memori paling hodoh dalam lipatan sejarah hidupku? Berhadapan topeng-topeng muka yang memberi derita? Aku akan hadapi semua memori jijikku. Dan selamat datang dunia kegelapan topeng.

​

**********

​

BLURB NOVEL: Padam - Ibrahim Jama Huri

​

Malik seorang dropout askar dan beberapa rakannya masuk ke hutan untuk melakukan aktiviti lasak. Namun, mereka ditimpa musibah apabila bertembung dengan penjahat yang membunuh sesuka hati. Terlepas daripada tragedi itu, Malik cuba menjalani hidup normal. Tanpa disedarinya, dia diburu penjahat yang ditemuinya di hutan. Malik yang terambil pendrive tanpa sengaja daripada penjahat itu masih tidak menyedari hal itu hinggalah beberapa musibah melanda rakannya dan ibunya. Pendrive itu mempunyai maklumat rahsia organisasi pembunuh upahan negara atau BILL. Dia kemudian bertemu seorang lelaki misteri yang menawarkan pertolongan. Tanpa mengetahui tentang identiti sebenar lelaki itu, Malik turut serta dengan rancangannya bersama beberapa orang lain dalam menumpaskan organisasi rahsia itu.

​

**********

​

BLURB NOVEL: Raka - Mahizan Husain

​

Untuk memulakan halaman pertama, cukup sukar sekali. Nat hilir-mudik berlenggeng di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap berbaring. Akhirnya siap satu halaman setelah berpuluh kali proses taip-padam-taip-padam. Nat tarik nafas lega. Halaman pertama adalah perkara paling susah dalam memulakan sebuah novel. Halaman pertamalah yang akan membuatkan pembaca mahu membaca terus atau mahu berhenti membaca. Nat guna sudut pandang orang pertama. Itu akses terbaik untuk dia masuk ke dalam pemikiran pembunuh. Halaman pertama menceritakan kejadian di malam gelap di mana si pembunuh mengundurkan kereta ketika melepasi seorang perempuan di tepi jalan. Semuanya bermula dari detik kereta itu diundurkan. Dari situlah konflik dan cerita bermula.

​

**********

​

BLURB NOVEL: Penumpang - Fee Anyau

​

Jai dihantar helaian jurnal sahabatnya Eddi yang mati membunuh diri. Dalam jurnalnya, Eddi telah menceritakan pengalamannya sebagai penumpang bas. Bagi Eddi, menumpang bas merupakan rutin yang membebaskan jiwanya. Dalam usaha untuk menerima kenyataan tentang pemergian Eddi, dan memahami masalah yang telah membelenggu sahabatnya itu, Jai bertekad untuk mencuba menyelusuri jalan yang dipilih Eddi. Pada masa yang sama, Jai dibebani masalah keluarga. Pemergian Eddi telah membuatkannya lebih mempersoalkan erti hidup. Di kolej, setelah kematian Eddi hampir sebulan, Nina pula memberitahu Jai bahawa dia teman wanita Eddi. Jai keliru dengan perasaannya sendiri: Adakah dia cemburu atau sangsi?

​

**********

​

BLURB NOVEL: Berang - Nazrul Kama

​

Nora berumur 29 tahun, telah diberi notis pemberhentian kerja sebulan lalu. Hingga kini, dia belum mendapat kerja baru. Dua minggu lepas, dia dan kekasihnya Faizal putus hubungan apabila dia mendapat tahu lelaki itu curang. Empat bulan sebelumnya, dia telah menggugurkan kandungan hasil perhubungan mereka. Ini adalah peristiwa yang terjadi pada dirinya pada hari kedua terakhir bekerja, bermula dari 6 pagi hingga 6 petang.

​

**********

​

BLURB NOVEL: Hero - Zakri Rahman

​

Hanya tiga perkara yang berlegar dalam hidup Hadi: Kebencian pada bapanya iaitu seorang bekas superhero; persahabatan dengan kawannya Ray; dan cintanya yang tak berbalas pada Aisya, rakan sekuliahnya. Hadi ingin menjadi superhero setelah mengetahui yang Aisya meminati superhero. Setelah insiden di tempat kerja part-timenya dan insiden menyelamatkan Aisya dari diragut, cita-cita Hadi untuk menjadi superhero semakin menebal, tetapi bukan seperti bapanya. Pencarian superhero baru negara pun bermula dan Hadi mendaftar sebagai peserta di Akademi Satu Superhero. Pemilihan superhero adalah berdasarkan program realiti TV. Di situ, Ray berkenalan dengan rakan dan lawan seperti Gel, Stone, Chick dan Aziz Hamidun. Siapa yang akan muncul juara?

​

​

​

GIVEAWAY INI TELAH TAMAT. 

KLIK SINI UNTUK NAMA-NAMA PEMENANG.

​​

​​

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi smileyrivergiving@gmail.com.
 

​​

SENARAI GIVEAWAY LEPAS DAN TERKINI:

​​

http://www.smileyriver.com/giveaway2020-2021

​

​

​

​

​

​

bottom of page