Thursday, November 07, 2013

E2 : English Extravaganza



 
INFO TERKINI : Dimaklumkan bahawa bengkel Tahap 1 (Tahun 1-3) & Tahap 2 (Tahun 4-6) akan digabungkan pada hari yang sama iaitu pada hari Khamis bersamaan 28 November 2013. Ini bermakna tarikh bengkel yang dijadualkan pada 27 November dibatalkan. Masanya masih sama iaitu 8.30 pagi (pendaftaran) - 1:00 petang.
 
 
* Yuran adalah termasuk makan dan bahan.
* Pendaftaran bermula 8:30 pagi.
 
Program cuti sekolah!
 

Satu perkara yang membingungkan mengenai pembelajaran bahasa Inggeris ialah keberkesanan sistem pembelajaran yang digunakan di sepanjang tempoh persekolahan. Bermula dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 (dan disambung pula di institut pengajian tinggi), kita diberi buku teks dan buku aktiviti, begitu juga guru-guru yang adakalanya berbilang bangsa. Namun majoriti daripada kita masih gagal menguasai bahasa Inggeris.

11 tahun bukan tempoh masa yang singkat. Seharusnya dalam tempoh masa 11 tahun itu kita sudah mampu menguasainya. Pelajar-pelajar yang mahu ke Jepun mampu mempelajari bahasa Jepun dalam masa beberapa tahun sahaja dan kita tahu bahawa bahasa Jepun adalah bahasa yang begitu asing bagi kita (contohnya ia tidak menggunakan huruf roman/rumi seperti bahasa Inggeris dan bahasa Melayu).

Adakah ini soal 'grammar'? Jadi bagaimana pula dengan majoriti daripada kita yang selalu berkata, "Saya boleh menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik tetapi bercakap dalam bahasa Inggeris tidak boleh," sedangkan dalam pertuturan, kita hanya perlu menyebut apa yang kita tulis itu dalam bentuk lisan. Perkara yang sama, ayat yang sama, cuma menggunakan dua cara berbeza.

Jelaslah bahawa permasalahan paling besar bukanlah 'grammar' tetapi masalah 'keyakinan' dan 'lidah'. Lidah menjadi kelu setiap kali mahu bertutur dalam bahasa Inggeris. Ayat semudah, "Hello, how do you do?" boleh menjadi susah apabila tidak pernah disebut walaupun ia sudah ditulis beratus-ratus kali.

Pengisian bengkel "E2 : English Extravaganza" adalah segala-galanya mengenai lisan. Peserta akan menyanyi, berlakon dan bercakap. Mereka akan melatih lidah di sepanjang program. Tip-tip 'grammar' akan turut diselitkan.

"E2 : English Extravaganza" ialah program yang santai dan FUN.

Jom JOIN!



No comments: