Monday, January 02, 2012

Simple English : Storytelling Competition



"SIMPLE ENGLISH : STORYTELLING COMPETITION" adalah kesinambungan daripada rancangan radio "Simple English" yang disiarkan di Mutiara FM bermula Januari - April 2011. Ia dikendalikan oleh DJ Nurul bersama Syalina Ahmad.

Tarikh :
13 Mac 2011

Tempat :
Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya

Masa :
2.30 petang

Anjuran :
Smileyriver
bersama Pertubuhan IKRAM Seberang Perai Tengah

Rakan Kerjasama :
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang dan Mutiara FM

Rakan Penaja :
Munif Hijjaz Sdn Bhd, Hijjaz Records Sdn Bhd, Hasani Edar Sg Petani, E-Sakinah Studio Bukit Mertajam, Smileyriver Online, Galeri Ilmu Sdn Bhd dan majalah Asuh.

Sekolah-sekolah terlibat :
SK Ara Rendang, SK Bukit Teh, SK Kebun Sireh, SK Permatang Buloh, SK Mengkuang, SK Padang Menora, SK Permatang Pasir, SK Permatang Pauh, SRI Al-Masriyah, SRI Al-Itqan.

* Sekolah-sekolah luar bandar diutamakan. Ada sekolah-sekolah yang dicadangkan sendiri oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

* 10 buah sekolah rendah dipilih. Setiap sekolah menghantar seorang sahaja wakil daripada Tahap 2, sama ada daripada Tahun 4, 5 atau 6.

* Pertandingan telah dirakam oleh Mutiara FM dan disiarkan dalam rancangan "Simple English".

SISTEM PEMARKAHAN :

(a) Pronunciation (Sebutan) - 20%
(b) Intonation (Intonasi) - 20%
(c) Fluency (Kelancaran/Kefasihan) - 15%
(d) Confidence (Keyakinan) - 15%
(e) Eye-Contact - 10%
(f) Facial Expression & Gesture (Ekspresi muka & Pergerakan badan) - 10%
(g) Timing (Masa) - 5%
(h) Props & Appearance (Peralatan & Penampilan) - 5%

Antara objektif pertandingan dan kelebihan bertandingan :

(a) Memberi pendedahan kepada peserta dan sekolah.

(b) Setiap bahagian pemarkahan memberi pendedahan kepada peserta. Semua aspek pemarkahan daripada (a) hingga (h) di atas adalah penting dalam pengucapan awam. Siapa tahu mereka akan menjadi pemimpin pelajar atau negara kelak? Latihan seperti ini boleh membantu. Dan dalam proses pembelajaran bahasa Inggeris sendiri, keyakinan yang tinggi amatlah diperlukan.

SENARAI PEMENANG :

TEMPAT PERTAMA
Muhammad Zulhakimie bin Ahmad Zailani
SK Permatang Pauh
"The Fox and the Wood Cutter"

TEMPAT KEDUA
Daniel Amirul bin Amir Hamzah
SRI Al-Masriyah
"The Shepherd and the Wolf"

TEMPAT KETIGA
Amni Qistina binti Rizal Hafiz
SK Padang Menora
"The Little Red Hen"

SAGUHATI

Anis Arifah binti Ahmad Shukri
SK Permatang Buloh
"The Ungrateful Owl"

Iffah Athirah binti Kithar
SRI Al-Itqan
"The Boy and the Apple Tree"

Intan Nurbalkis binti Amirruddin
SK Mengkuang
"The Ant and the Pigeon"

Khairanee binti Iro Iswono
SK Kebun Sireh
"The Tortoise and the Eagle"

Mustazirah binti Othman
SK Permatang Pasir
"The Foolish Miser"

Nur Fariiza binti Ahmad Zukri
SK Bukit Teh
"The Proud Deer"

Nur Syafiqah binti Sabiri
SK Ara Rendang
"The Monkey and the Dolphin"


Pertandingan diadili oleh tiga orang juri yang cukup berpengalaman iaitu Saudara Mohamad Zulkurnain Abdul Rahman, Saudari Elena Affandi Tan dan Saudari Siti Aishah Ali yang dilantik dengan kerjasama pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Pertandingan turut diserikan dengan bacaan doa oleh Adik Ahmad Luqman Siddiqiey bin Harryzan dari Sekolah Rendah Tahfiz Al-Islah (STAIL) dan bacaan puisi oleh Adik Nur Khairina Dayani binti Khalid dari SK Kepala Batas.







ARTIKEL DALAM MAJALAH "ASUH" (JUN 2011)


No comments: